Tema KAWAN'09

"Wanita Celik Teras Kecemerlangan Generasi Intelek"

Tuesday, August 18, 2009

gambar-gambar sekitar KAWAN'09





Saturday, August 8, 2009

Kumpulan Ukhwatul Muslimin di KAWAN'09


InsyaAllah malam ini, jam 9.00pm di tapak Ko-Q akan diadakan persembahan nashid daripada kumpulan Ukhwatul Muslimin. Kumpulan Ukhwatul Muslimin yang berasal daripada KTDI terdiri daripada Mahasiswa UTM dari Fakulti Kejuruteraan Kimia Dan Sumber Asli serta Fakulti Awam. Kumpulan nashid ini pernah menjuarai nashid seluruh kolej UTM.

Pada malam ini juga, saudara Arif Hakimi dari KTHO turut di undang untuk menyampaikan beberapa buah lagu. Beliau yang aktif menulis dan merakamkan lagu sering berkongsi dengan pendengar-pendengarnya melalui blog beliau.

Mahasiswa dan mahasiswi UTM dijemput hadir utuk memeriahkan majlis.

Pada masa yang sama, slot kemahiran turut diadakan di L-50 yang merangkumi Bengkel Penulisan, Bengkel Multimedia dan bengkel Pidato.

Bersama memeriahkan karnival Wanita '09

Friday, August 7, 2009

Derma Darah di L50

pada jam 9.00 am sehingga 4.00pm hari ini (8 Ogos 2009) berlangsung aktiviti derma darah di cafe L-50. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah pergi ke sana.

Wednesday, August 5, 2009

Temubual bersama Pengarah KAWAN'09

Seperti yang kita sedia maklum, pada 7-9 Ogos 2009 ini akan berlangsung Karnival Wanita (KAWAN'09) yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMIUTM dengan kerjasama kelab-kelab kerohanian. Dengan tema "Wanita Celik Teras Kecemerlangan Generasi Intelek", KAWAN'09 merupakan program besar khusus untuk para wanita yang julung-julung kalinya diadakan. Bagi mendapat gambaran ringkas tentang KAWAN'09, ikuti temubual wartawan SJ, Asmah Andy bersama Pengarah KAWAN'09, Saudari Saidatun Nor.

SJ : Sebagaimana yang kita sedia maklum, KAWAN '09 membawakan tema "Wanita Celik Teras Kecemerlangan Generasi Intelek". Melalui tema ini, apakah sebenarnya yang ingin diterapkan kepada semua wanita dalam KAWAN '09 ini, tanpa mengira usia, pangkat mahupun status?

Saudari Saidatun : ‘Wanita celik teras kecemerlangan generasi intelek’ sememangnya satu tema yang amat besar maknanya. Program ini bukan hanya bertujuan untuk melahirkan golongan wanita yang berilmu pengetahuan dalam segala bidang malah bersikap profesional dalam menjalankan apa jua tanggungjawab. Tanggungjawab disini tidaklah rigid terhadap sesuatu perkara sahaja tetapi meliputi keseluruhannya samada tanggunjawab sebagai mahasiswi, anak, ibu, majikan dan sebagainya. Selain itu tema ini dipilih agar dapat menyedarkan semua golongan wanita khasnya terhadap peranan yang perlu dimainkan sebagai seorang yang berwawasan profesional dalam bidang kerjaya serta wanita yang memainkan peranan penting dalam pembentukan rumah tangga dan masyarakat, InsyaAllah.

SJ : Dalam aspek kepimpinan dan isu-isu kemahasiswaan, wanita juga tidak ketinggalan untuk menyumbang idea mahupun saranan berguna. Namun begitu, apa yang kita lihat hari ini, aspek kepimpinan mahasiswa kelihatan agak lesu berbanding dahulu. Dalam konteks muslimah sebagai mahasiswi, bagaimana KAWAN '09 dapat memberi kesedaran berhubung isu ini?

Saudari Saidatun : Dewasa kini kita dapat melihat masalah yang melanda golongan mahasiswi terutamanya dalam aspek kepimpinan. golongan ini dianggap lesu terutamanya dalam menyumbangkan idea dan saranan – saranan yang berguna. golongan ini juga selalu di labelkan sebagai golongan yang hanya mampu menuruti sesuatu tanpa cuba memulakannya dahulu. saya yakin dan percaya setiap daripada kita telah diberikan olehNya akan kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. namun, tidak semua dari kita menyedari akannya sehinggalah ia digilap dan ditonjolkan. melalui kawan ’09 ini, kami menyediakan pelbagai slot yang rata-ratanya bertujuan untuk melatih golongan wanita untuk lebih terkehadapan dan mampu berfikiran secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu isu. ini dapat dilihat melalui slot pidato, penulisan dan sebagainya. Saya yakin dan percaya, melalui slot-slot ini sedikit sebanyak golongan wanita akan terdedah sekaligus menyedari akan peranan mereka dalam membantu kaum Adam khasnya dalam mencorak dunia.

SJ : Apakah indikator (KPI) yang digunakan untuk mengukur tahap keberjayaan KAWAN '09?

Saudari Saidatun : Indikator yang digunakan untuk mengukur tahap keberjayaan kawan ’09 ini tidaklah dapat diukur dengan hanya melihat kepada jumlah penyertaannya semata-mata. kejayaan Kawan ’09 ini akan lebih di anggap berjaya bilamana lahirnya golongan mahasiswi yang petah dalam membicarakan sesuatu perkara dan mampu menjadi pemimpin suatu masa kelak, selaras dengan tuntutan agama.

SJ : Sebagai seorang muslimah yang juga mahasiswi, apakah harapan saudari kepada semua wanita, khususnya mahasiswi UTM ini?

Saudari Saidatun : sebagai seorang mahasiswi khususnya seorang muslimah, saya meletakkan harapan yang tinggi agar kita sama-sama melibatkan diri di dalam program seumpama ini. Jadikan KAWAN ’09 ini sebagai satu titik permulaan bagi kita semua dalam mengangkat martabat golongan wanita khususnya muslimah dalam setiap aspek. Jangan sesekali melepaskan peluang yang ada. Tuntutlah seberapa banyak ilmu kerana segala – galanya berkehendakan ilmu. KAWAN ’09 ini bukanlah tertumpu kepada golongan wanita Islam semata – mata tetapi turur mengalu-alukan keterlibatan pelbagai kaum dan agama. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini diberkati olehNya, InsyaAllah.

Friday, July 31, 2009

Promosi KAWAN'09 Makin Giat.

31 Julai 2009- Seminggu sebelum KAWAN'09 berlangsung pelbagai gerak kerja dilakukan oleh CREW KAWAN'09. Seawal pagi, CREW KAWAN'09 sudah berkumpul di BOMI untuk menyediakan bahan-bahan yang akan diedarkan di cafe-cafe pada waktu tengah hari. Disamping menyiapkan tugasan, Pengarah KAWAN'09 saudari Saidatun sempat memberi kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya. Beliau yang ditemui kelihatan amat sibuk dengan urusan-urusan di saat akhir namun masih mampu tersenyum.

Pengerusi HEWI PMIUTM, saudari Nooraini turut membantu dalam menyiapkan segala kelengkapan seperti flayers program, flayers tetatif KAWAN'09 dan sebagainya. LPM PMIUTM turut menyumbangkan risalah Seruan Jumaat untuk diedarkan bersama oleh CREW KAWAN'09 dalam sesi promosi mereka pada tengah hari itu.


Tepat jam 12.00 tengah hari CREW KAWAN telah diberikan sedikit taklimat daripada saudari Saidatun tentang aktiviti mereka nanti. Kira-kira jam 12.15 tengah hari, CREW KAWAN'09 telah berpecah mengikut kumpulan masing-masing untuk mengedarkan flayers KAWAN'09 di cafe-cafe sekitar UTM.


Apa yang menarik, CREW KAWAN'09 bukan hanya tertumpu kepada golongan mahasiswi Islam sahaja, malah mereka turut mendapat sambutan dan sokongan daripada mahasiswi berbilang bangsa.

Aktiviti tamat kira-kira jam 2.00 petang.

Update Tentatif Kawan'09

7 Ogos 2009

9-11.30 malam : Majlis Perasmian & Pelancaran Kempen Keselamatan (Tapak Ko-Q)



8 Ogos 2009

9-11.30 pagi : Slot Kerjaya & Anda "Klinik Persediaan Menghadapi Alam Pekerjaan"
(L50 DK1)
pic: Shafiqah 013-4655180


2-4.30 petang : Slot Kemahiran
- Bengkel Kecantikan (L50 DK1)
- Bengkel Masakan (Tapak KO-Q)
- Bengkel Jahitan (L50 DK2)
pic: Intan Hazila 013-2503198



9-11.30 malam : Slot Kepimpinan
- Bengkel Pidato (L50 DK1)
- Bengkel Penulisan (L50 DK2)
- Bengkel Multimedia (L50 DK3)
pic: Puteri 019-5839330



9 Ogos 2009

9-11.30 pagi : Slot Kecantikan & Kesihatan "Anda Bijak Jauhi Zina". (L50 DK1)
pic: Baizura 013-7034380



2-4.30 petang : Slot Keselamatan & Anda "Wanita & Jalan Raya". (Tapak Ko-Q)
pic: Eha 013-7760715



9-11.30 malam : Majlis Penutup dan Slot Keluarga & Anda. Pementasan Pantomen Keluarga
Sakinah (Tapak KO-Q)



Sepanjang program berlangsung dari 7 Ogos sehingga 9 Ogos, terdapat banyak gerai, outdoor game & indoor game diadakan di sekitar Tapak KO-Q dari jam 9 pagi sehingga 11.30 malam. Jadi apa lagi? MOH LER KE KAWAN'09


Sebarang Persoalan :
Saidatun (Pengarah Program) 013-7930082
Nooraini (Pengerusi Hewi PMIUTM) 013-7061636

Thursday, July 30, 2009

Penyertaan Terhad... DAFTAR NAMA ANDA SEGERA!


Karnival Wanita 09 © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute