InsyaAllah malam ini, jam 9.00pm di tapak Ko-Q akan diadakan persembahan nashid daripada kumpulan Ukhwatul Muslimin. Kumpulan Ukhwatul Muslimin yang berasal daripada KTDI terdiri daripada Mahasiswa UTM dari Fakulti Kejuruteraan Kimia Dan Sumber Asli serta Fakulti Awam. Kumpulan nashid ini pernah menjuarai nashid seluruh kolej UTM.
Pada malam ini juga, saudara Arif Hakimi dari KTHO turut di undang untuk menyampaikan beberapa buah lagu. Beliau yang aktif menulis dan merakamkan lagu sering berkongsi dengan pendengar-pendengarnya melalui blog beliau.
Mahasiswa dan mahasiswi UTM dijemput hadir utuk memeriahkan majlis.
Pada masa yang sama, slot kemahiran turut diadakan di L-50 yang merangkumi Bengkel Penulisan, Bengkel Multimedia dan bengkel Pidato.
pada jam 9.00 am sehingga 4.00pm hari ini (8 Ogos 2009) berlangsung aktiviti derma darah di cafe L-50. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah pergi ke sana.
Seperti yang kita sedia maklum, pada 7-9 Ogos 2009 ini akan berlangsung Karnival Wanita (KAWAN'09) yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMIUTM dengan kerjasama kelab-kelab kerohanian. Dengan tema "Wanita Celik Teras Kecemerlangan Generasi Intelek", KAWAN'09 merupakan program besar khusus untuk para wanita yang julung-julung kalinya diadakan. Bagi mendapat gambaran ringkas tentang KAWAN'09, ikuti temubual wartawan SJ, Asmah Andy bersama Pengarah KAWAN'09, Saudari Saidatun Nor.
SJ : Sebagaimana yang kita sedia maklum, KAWAN '09 membawakan tema "Wanita Celik Teras Kecemerlangan Generasi Intelek". Melalui tema ini, apakah sebenarnya yang ingin diterapkan kepada semua wanita dalam KAWAN '09 ini, tanpa mengira usia, pangkat mahupun status?
Saudari Saidatun : ‘Wanita celik teras kecemerlangan generasi intelek’ sememangnya satu tema yang amat besar maknanya. Program ini bukan hanya bertujuan untuk melahirkan golongan wanita yang berilmu pengetahuan dalam segala bidang malah bersikap profesional dalam menjalankan apa jua tanggungjawab. Tanggungjawab disini tidaklah rigid terhadap sesuatu perkara sahaja tetapi meliputi keseluruhannya samada tanggunjawab sebagai mahasiswi, anak, ibu, majikan dan sebagainya. Selain itu tema ini dipilih agar dapat menyedarkan semua golongan wanita khasnya terhadap peranan yang perlu dimainkan sebagai seorang yang berwawasan profesional dalam bidang kerjaya serta wanita yang memainkan peranan penting dalam pembentukan rumah tangga dan masyarakat, InsyaAllah.
SJ : Dalam aspek kepimpinan dan isu-isu kemahasiswaan, wanita juga tidak ketinggalan untuk menyumbang idea mahupun saranan berguna. Namun begitu, apa yang kita lihat hari ini, aspek kepimpinan mahasiswa kelihatan agak lesu berbanding dahulu. Dalam konteks muslimah sebagai mahasiswi, bagaimana KAWAN '09 dapat memberi kesedaran berhubung isu ini?
Saudari Saidatun : Dewasa kini kita dapat melihat masalah yang melanda golongan mahasiswi terutamanya dalam aspek kepimpinan. golongan ini dianggap lesu terutamanya dalam menyumbangkan idea dan saranan – saranan yang berguna. golongan ini juga selalu di labelkan sebagai golongan yang hanya mampu menuruti sesuatu tanpa cuba memulakannya dahulu. saya yakin dan percaya setiap daripada kita telah diberikan olehNya akan kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. namun, tidak semua dari kita menyedari akannya sehinggalah ia digilap dan ditonjolkan. melalui kawan ’09 ini, kami menyediakan pelbagai slot yang rata-ratanya bertujuan untuk melatih golongan wanita untuk lebih terkehadapan dan mampu berfikiran secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu isu. ini dapat dilihat melalui slot pidato, penulisan dan sebagainya. Saya yakin dan percaya, melalui slot-slot ini sedikit sebanyak golongan wanita akan terdedahsekaligus menyedari akan peranan mereka dalam membantu kaum Adam khasnya dalam mencorak dunia.
SJ : Apakah indikator (KPI) yang digunakan untuk mengukur tahap keberjayaan KAWAN '09?
Saudari Saidatun : Indikator yang digunakan untuk mengukur tahap keberjayaan kawan ’09 ini tidaklah dapat diukur dengan hanya melihat kepada jumlah penyertaannya semata-mata. kejayaan Kawan ’09 ini akan lebih di anggapberjaya bilamana lahirnya golongan mahasiswi yang petah dalam membicarakan sesuatu perkara dan mampu menjadi pemimpin suatu masa kelak, selaras dengan tuntutan agama.
SJ : Sebagai seorang muslimah yang juga mahasiswi, apakah harapan saudari kepada semua wanita, khususnya mahasiswi UTM ini?
Saudari Saidatun : sebagai seorang mahasiswi khususnya seorang muslimah, saya meletakkan harapan yang tinggi agar kita sama-sama melibatkan diri di dalam program seumpama ini. Jadikan KAWAN ’09 ini sebagai satu titik permulaan bagi kita semua dalam mengangkat martabat golongan wanita khususnya muslimah dalam setiap aspek. Jangan sesekali melepaskan peluang yang ada. Tuntutlah seberapa banyak ilmu kerana segala – galanya berkehendakan ilmu. KAWAN ’09 ini bukanlah tertumpu kepada golongan wanita Islam semata – mata tetapi turur mengalu-alukan keterlibatan pelbagai kaum dan agama. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini diberkati olehNya, InsyaAllah.
31 Julai 2009- Seminggu sebelum KAWAN'09 berlangsung pelbagai gerak kerja dilakukan oleh CREW KAWAN'09. Seawal pagi, CREW KAWAN'09 sudah berkumpul di BOMI untuk menyediakan bahan-bahan yang akan diedarkan di cafe-cafe pada waktu tengah hari. Disamping menyiapkan tugasan, Pengarah KAWAN'09 saudari Saidatun sempat memberi kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya. Beliau yang ditemui kelihatan amat sibuk dengan urusan-urusan di saat akhir namun masih mampu tersenyum.
Pengerusi HEWI PMIUTM, saudari Nooraini turut membantu dalam menyiapkan segala kelengkapan seperti flayers program, flayers tetatif KAWAN'09 dan sebagainya. LPM PMIUTM turut menyumbangkan risalah Seruan Jumaat untuk diedarkan bersama oleh CREW KAWAN'09 dalam sesi promosi mereka pada tengah hari itu.
Tepat jam 12.00 tengah hari CREW KAWAN telah diberikan sedikit taklimat daripada saudari Saidatun tentang aktiviti mereka nanti. Kira-kira jam 12.15 tengah hari, CREW KAWAN'09 telah berpecah mengikut kumpulan masing-masing untuk mengedarkan flayers KAWAN'09 di cafe-cafe sekitar UTM.
Apa yang menarik, CREW KAWAN'09 bukan hanya tertumpu kepada golongan mahasiswi Islam sahaja, malah mereka turut mendapat sambutan dan sokongan daripada mahasiswi berbilang bangsa.
2-4.30 petang : Slot Keselamatan & Anda "Wanita & Jalan Raya". (Tapak Ko-Q) pic: Eha 013-7760715
9-11.30 malam : Majlis Penutup dan Slot Keluarga & Anda. Pementasan Pantomen Keluarga Sakinah (Tapak KO-Q)
Sepanjang program berlangsung dari 7 Ogos sehingga 9 Ogos, terdapat banyak gerai, outdoor game & indoor game diadakan di sekitar Tapak KO-Q dari jam 9 pagi sehingga 11.30 malam. Jadi apa lagi? MOH LER KE KAWAN'09
Juara Akademik Nasyid, Azhan Atan telah menyatakan persetujuannya untuk sama-sama memeriahkan majlis penutup KAWAN'09 yang bakal berlangsung pada 9 Ogos 2009 di tapak KoQ. Menurut saudari Junainah, Azhan Atan akan menyampaikan lebih kurang dua buah lagi disamping beramah mesra bersama peminatnya di UTM.
Karnival Wanita'09 berlangsung dari 7,8 dan 9 Ogos 2009 menyediakan pelbagai acara menarik, bengkel-bengkel bermanfaat dan lot-lot kedai yang menarik untuk warga UTM dan luar UTM. Bersama memeriahkan karnival wanita 09.
24 Julai 09- CREW Karnival Wanita '09 memulakan langkah awal promosi dengan mengadakan edaran flayers ke cafe-cafe di sekitar UTM. CREW ini di bawah pimpinan Saudari Noraini yang juga merupakan Pengerusi HEWI telah mula berkumpul di Bilik Opeasi Kawan (BOMI) sejak jam 11.30am.
Wakil-wakil CREW KAWAN'09 telah diberi taklimat ringkas berhubung dengan edara flayers pada hari itu. Taklimat itu berakhir dalam jam 12 tengah hari. Mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan edaran flayers mengikut kumpulan yang di bahagikan.
Edaran flayers KAWAN'09 meliputi Arked Meranti, Arked Cengal, Arked 9 dan Bangunan SUB.
Menurut Pengerusi HEWI saudari Noraini, edaran flayers yang diadakan pada hari ini bukan sahaja dapat mempromosikan Karnival Wanita'09 malah dapat mempromosikan HEWI itu sendiri kepada warga kampus. Beliau yang ditemui juga menyatakan promosi begini akan diadakan lagi pada hari jumaat akan datang dan berharap lebih ramai mahasiswi UTM dapat bersama-sama dengan mereka.
Edaran flayers oleh CREW KAWAN'09 tamat dalam jam 2.00pm.
Karnival Wanita 09 di anjurkan oleh HEWI PMIUTM pada 7-9 Ogos 2009. dijemput untuk memeriahkan suasana. program bertempat di tapak KoQ dan L50. maklumat lanjut akan diberitahu dari semasa ke semasa.
Aktiviti KAWAN'09
8 Ogos 2009
Bengkel Masakan, Jahitan & Kecantikan
Bengkel Kerjaya & Anda
Bengkel MP3
9 Ogos 2009
Bengkel Kecantikan & Kesihatan
Bengkel Keselamatan & Anda
Temui CREW KAWAN'09
Temui CREW KAWAN'09 di tempat & masa berikut:
24/7/09 (12pm-2pm) -Arked Meranti, Cengal, 9, dan SUB
26/7/09 (pagi) -Rehlah HEWI PMIUTM di Tasik UTM
29/7/09 (12pm-3pm) -CICT, PSZ & SUB
31/7/09 (12pm-2pm) -Arked Meranti, Cengal, 9, dan SUB
1/8 & 2/8 -Kolej Kediaman Pelajar UTM
3/8 sehingga 5/8 2009 (booth KAWAN'09) -Fakulti-fakulti sekitar UTM -SUB
7/8/09 -Arked Meranti, Cengal, 9, dan SUB
(SEMUA MAHASISWI dijemput HADIR untuk sama-sama MEMERIAHKAN sesi CREW KAWAN bertemu warga KAMPUS)
Apa Yang ANDA Perlu Tahu...
1. LE PMIUTM akan membuka gerainya di Karnival Wanita'09. Jadi apa tunggu lagi. Meriahkan Gerai LE PMIUTM.
2. Semua urusan berkaitan dengan Karnival Wanita'09 sama ada kertas keja, penajaan dan publisiti dilakukan sepenuhnya oleh ajk dari kalangan mahasiswi.MAHASISWI BOLEH!
(bersambung)
Maklumat lanjut Kawan'09
untuk maklumat lanjut mengenai Karnival Wanita '09 boleh menghubungi saudari Noraini di talian 013-7061636 atau terus datang ke bilik operasi KAWAN'09 di BOMI.
Jika mereka sibuk mencari kecintaan, biarlah kita sibuk mencari keimanan.Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredaan.Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta, biar kita menangis kerana menyesali dosa.Jika mereka cinta akan kemanusiaan, biar kita cinta pada Tuhan yang Maha Esa.
Beritahu Pada Muslimah Itu...
Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian dari iman...